Sunday, 11 September 2011

Data terakhir.

Assalamualaikum wrt wbt.
Semoga berada dalam iman yang sentiasa mengingati Allah, dan berselawat kepada Rasulullah. Allahumma sholli wa sallim wa barik 'alayh, Ya Rasulullah.

Sedikit catatan untuk perhatian anak-anak berhubung Bahagian C, Kertas 2 (Penulisan Bahasa Melayu).

NILAI-NILAI MURNI.


Bil.
Nilai Murni
Penerangan/ Kata Kunci
1.

Baik Hati
Membantu orang yang dalam kesusahan
Belas Kasihan
Bersimpati terhadap kesusahan orang lain
Bertimbang rasa
Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain
Pemurah
Memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan (menderma, berkongsi, memberikan...)
Saling Memahami
Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain.
Saling bermaafan
Sanggup meminta maaf dan memaafkan.
2.
Berdikari
Sanggup dan boleh melalukan sesuatu tanpa bantuan orang lain
3.
Yakin pada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri dan  sanggup mencuba
4.
Berhemah tinggi
Tidak sombong/ rendah diri
5.
Bersopan-santun/ berbudi bahasa
Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan (mengucapkan terima kasih dan bertanya khabar...)
6.
Mengakui kesilapan diri
Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat
7.
Ramah mesra
Sedia bergaul mesra dengan semua orang
8.

Hormat-menghormati
Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka
Hormat dan taat kepada ibu bapa
Memulia dan patuh kepada mereka
Hormat dan taat kepada kerajaan dan negara
Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara
Hormat kepada kepercayaan
Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum
Patuh kepada undang-undang
Mematuhi undang-undang setiap masa
9.

Kasih sayang
Menyayangi diri sendiri, orang lain, nyawa binatang dengan ikhlas
Sayang kepada alam sekitar
Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup
10.

Adil
Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif.
Saksama
Tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan
11.
Kebebasan di sisi undang-undang
Boleh melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi
12.
Keberanian
Gagah dan berani

Berani mencuba
Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi

Berani kerana benar
Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata
13.


Menjaga kebersihan diri
Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat
Menjaga kebersihan persekitaran
Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran
Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam pergaulannya
14.

Jujur
Tidak tamak/ tidak mengambil harta benda orang lain
Amanah
Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
Bercakap benar
Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung
Ikhlas
Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan
15.
Rajin
Berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti
16.
Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah
17.
Bekerjasama
Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela (bergotong-royonf)
18.
Toleransi
Bertolak-ansur serta dapat mengelakkan berlakunya perselisihan
19.
Perpaduan/ bersatu-padu
Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa
20.

Kesederhanaan

Kesederhanaan dan perlakuan yang sederhana
Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain
Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain
Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain
21.
Kesyukuran/ Bersyukur
Patuh dan menerima nasib atau takdir
22.
Menghargai jasa/ mengenang budi/ membalas jasa
Penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian
23.
Rasional
Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan
24.


Semangat bermasyarakat
Supaya hidup dalam keadaan yang harmoni
Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama
Semangat kejiranan
Berbaik-baik, bertolak-ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat/ prihatin
peka/ memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya
25.
Semangat patriotik

Cintakan negara
Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara
Berkorban untuk negara
Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara daripada diceroboh


Semoga bahan-bahan ini sedikit membantu persediaan anak-anak, insya Allah. Iringkan doa tanpa henti. Teruskan usaha. Semoga berjaya. Insya Allah berjaya juga menjadi mu'min yang produktif.

Semoga Allah berkati usaha anak-anak dan semua.

No comments:

Post a Comment