Semoga berada dalam iman yang sentiasa mengingati Allah, dan berselawat kepada Rasulullah. Allahumma sholli wa sallim wa barik 'alayh, Ya Rasulullah.
Sedikit catatan untuk perhatian anak-anak berhubung Bahagian C, Kertas 2 (Penulisan Bahasa Melayu).
NILAI-NILAI MURNI.
| Bil. | Nilai Murni | Penerangan/ Kata Kunci |
| 1. | Baik Hati | Membantu orang yang dalam kesusahan |
| Belas Kasihan | Bersimpati terhadap kesusahan orang lain | |
| Bertimbang rasa | Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain | |
| Pemurah | Memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan (menderma, berkongsi, memberikan...) | |
| Saling Memahami | Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. | |
| Saling bermaafan | Sanggup meminta maaf dan memaafkan. | |
| 2. | Berdikari | Sanggup dan boleh melalukan sesuatu tanpa bantuan orang lain |
| 3. | Yakin pada diri sendiri | Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba |
| 4. | Berhemah tinggi | Tidak sombong/ rendah diri |
| 5. | Bersopan-santun/ berbudi bahasa | Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan (mengucapkan terima kasih dan bertanya khabar...) |
| 6. | Mengakui kesilapan diri | Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat |
| 7. | Ramah mesra | Sedia bergaul mesra dengan semua orang |
| 8. | Hormat-menghormati | Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka |
| Hormat dan taat kepada ibu bapa | Memulia dan patuh kepada mereka | |
| Hormat dan taat kepada kerajaan dan negara | Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara | |
| Hormat kepada kepercayaan | Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum | |
| Patuh kepada undang-undang | Mematuhi undang-undang setiap masa | |
| 9. | Kasih sayang | Menyayangi diri sendiri, orang lain, nyawa binatang dengan ikhlas |
| Sayang kepada alam sekitar | Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup | |
| 10. | Adil | Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif. |
| Saksama | Tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan | |
| 11. | Kebebasan di sisi undang-undang | Boleh melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi |
| 12. | Keberanian | Gagah dan berani |
| | Berani mencuba | Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi |
| | Berani kerana benar | Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata |
| 13. | Menjaga kebersihan diri | Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat |
| Menjaga kebersihan persekitaran | Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran | |
| Kebersihan mental | Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam pergaulannya | |
| 14. | Jujur | Tidak tamak/ tidak mengambil harta benda orang lain |
| Amanah | Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain | |
| Bercakap benar | Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung | |
| Ikhlas | Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan | |
| 15. | Rajin | Berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti |
| 16. | Dedikasi | Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah |
| 17. | Bekerjasama | Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela (bergotong-royonf) |
| 18. | Toleransi | Bertolak-ansur serta dapat mengelakkan berlakunya perselisihan |
| 19. | Perpaduan/ bersatu-padu | Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa |
| 20. | Kesederhanaan | |
| Kesederhanaan dan perlakuan yang sederhana | Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain | |
| Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain | Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain | |
| 21. | Kesyukuran/ Bersyukur | Patuh dan menerima nasib atau takdir |
| 22. | Menghargai jasa/ mengenang budi/ membalas jasa | Penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian |
| 23. | Rasional | Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan |
| 24. | Semangat bermasyarakat | Supaya hidup dalam keadaan yang harmoni |
| Bermuafakat | Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama | |
| Semangat kejiranan | Berbaik-baik, bertolak-ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat | |
| Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat/ prihatin | peka/ memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya | |
| 25. | Semangat patriotik | |
| Cintakan negara | Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara | |
| Berkorban untuk negara | Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara daripada diceroboh |
Semoga bahan-bahan ini sedikit membantu persediaan anak-anak, insya Allah. Iringkan doa tanpa henti. Teruskan usaha. Semoga berjaya. Insya Allah berjaya juga menjadi mu'min yang produktif.
Semoga Allah berkati usaha anak-anak dan semua.


