Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillh. Setinggi syukur.Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarga, jua para sahabat.
Setinggi lafaz syukur. Sesuai perancangan. Untuk perhatian, berikut adalah senarai nama anak-anak :
KULIAH A : Sabtu (8.30 pagi - 10.00 pagi)
1. Muhammad Amin
2. Muhammad Azlan
3. Mohd Shahrul Adham b. Zawawi
4. Nur Hidayu
5. Nurul Izzah bt. Awang Rohimi
6. Nur Shamila bt. Saharudin
7. Nur Syaza Shamimi bt. Sulaiman
KULIAH B : Jumaat (8.00 - malam - 9.30 malam)
1. Abdul Rahman b. Zabidi
2. Ahmad Ridzuan b. Kipli
3. Mahathir Mohd Al-Alif
4. Muhammad Nur Azam
5. Faizal
6. Siti Hajar bt. Ibrahim
7. Zulaikha bt. Abdul Rahim
Alhamdulillah. Teruskan momentum. Usaha tanpa henti!
Semoga Allah menawarkan kemudahan2. Ameen.
cikguNaurah
Syaaban 1432 H.
Kuala Lumpur.
"Anak-anak. CINTA ini sungguh untuk kalian. Semoga Allah, Muhammad Rasulullah SAW juga WARKAH CINTA bisa kita jadikan peneman pada setiap saat kita melewati fasa pencerahan."
Friday, 29 July 2011
Saturday, 2 July 2011
Menjadi mentor buat kalian. Insya Allah.
Pertengahan Julai 2011 - dalam perancangan.
Insya Allah, dilaksanakan.
Perhatian untuk anak-anak di Masjid Kg. Tunku.
1. Hubungi ibu bapa anak-anak untuk sesi rundingan.
- persetujuan untuk membina jadual belajar anak-anak. Wajib tekankan KUALITI IBADAH. Insya Allah. Izinkan saya ya Allah.
2. KeUTAMAan untuk anak-anak tahun 6 UPSR - Kelas A dan Kelas B. (senarai nama anak-anak).
*Mudah-mudahan bisa disempurnakan sebelum akhir Julai. Insya Allah. Bulatkan tekad! Usaha!*
*Insya Allah mesti bermula pada 10 Julai 2011. (selepas penyerahan proposal - 9 Julai 2011).
* konsep - USRAH! ^_^
Sekian dahulu.
"Cikgu Naurah, please note!"
-cikgunaurah-
3 Syaaban 1432 H
Hulu Langat.
Insya Allah, dilaksanakan.
Perhatian untuk anak-anak di Masjid Kg. Tunku.
1. Hubungi ibu bapa anak-anak untuk sesi rundingan.
- persetujuan untuk membina jadual belajar anak-anak. Wajib tekankan KUALITI IBADAH. Insya Allah. Izinkan saya ya Allah.
2. KeUTAMAan untuk anak-anak tahun 6 UPSR - Kelas A dan Kelas B. (senarai nama anak-anak).
*Mudah-mudahan bisa disempurnakan sebelum akhir Julai. Insya Allah. Bulatkan tekad! Usaha!*
*Insya Allah mesti bermula pada 10 Julai 2011. (selepas penyerahan proposal - 9 Julai 2011).
* konsep - USRAH! ^_^
Sekian dahulu.
"Cikgu Naurah, please note!"
-cikgunaurah-
3 Syaaban 1432 H
Hulu Langat.
JADUAL TERBARU (berkuatkuasa JULAI 2011).
Bismillah.
'Allahumma yassir wala tu'assir' - moga bisa beramanah dengan penuh seluruh. mohon bantuanMu Allah.
'Allahumma yassir wala tu'assir' - moga bisa beramanah dengan penuh seluruh. mohon bantuanMu Allah.
| HARI | MASA | SUBJEK | TEMPAT |
| جمعة | 8.00 p.m ~ 9.30 p.m | BAHASA MELAYU UPSR -Kelas B- | Masjid Kg. Tunku |
| سبت | 8.30 a.m ~ 10.00 a.m | BAHASA MELAYU UPSR -Kelas A- | Masjid Kg. Tunku |
| 10.15 a.m. ~ 11.40 a.m. | BAHASA MELAYU SPM | Masjid Kg. Tunku | |
| 2.30 p.m. ~ 3.30 p.m. | BAHASA MELAYU TAHUN 1,2,3 | WEC | |
| 3.30 p.m. ~ 4.30 p.m. | BAHASA MELAYU TAHUN 4,5 | WEC | |
| 4.30 p.m. ~ 5.30 p.m. | BAHASA MELAYU UPSR | WEC |
Prolog.
Bismillah.
Alhamdulillah wa syukurillah.
Setinggi lafaz syukur ke hadrat Ilahi.
Selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad SAW.
Tanggal Ogos 2010, cikgu diberi kesempatan, rezeki dari Allah SWT bilamana ditawarkan untuk mengajar anak-anak di Pusat Tuisyen Fathul Ilmi. Silibusnya, 'Pengajian al-Quran'. Awalnya khuatir melihat kelemahan diri yang tidak mampu menyampaikan ilmu tersebut. Namun, memikirkan untuk tidak sombong, (biar ilmu yang sedikit disampaikan juga pada anak-anak), alhamdulillah. Allah SWT menjadikan hati ini sangat lapang bila menerima. SubhanAllah wa alhamdulillah. Disitulah bermula.
Tanggal Januari 2011. Sekali lagi ditawarkan untuk mengajar anak-anak. Juga ditempat yang sama. Anak syarikatnya yang diberi nama Wardah Edu Centre. Silibus yang ditawarkan Bahasa Melayu. Tahun 1,2,3,4,5, dan tahun 6. Gugup. Khuatir. Apa bisa? Alhamdulillah. 2 bulan tempoh percubaan, dan anak-anak semakin memperlihatkan perkembangan. Anak-anak semakin teruja. Alhamdulillah. Langkah ini diteruskan. Allah berikan kemudahan melewati jalan ini. Syukur padaMu Allah.
*pun dalam waktu yang sama, seorang kenalan menawarkan untuk mengajar subjek yang sama. Di satu tempat lagi. Masjid Kg. Tunku, Taman Paramount. Disini, saya menemukan anak-anak yang menerima bantuan biaya tuisyen dari Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Malaysia. (^_^) Alhamdulillah syukur, kerna dipertemukan dengan anak-anak seperti mereka.
Sehingga hari ini, sudah hampir setengah tahun. Saya masih dengan anak-anak. Mendewasakan mereka pakai ilmu. Mengajarkan mereka apa yang mereka tidak tahu. Dan paling utama, saya saling kongsi bersama anak-anak bilamana anak-anak lebih tahu dari saya. Dari titik kelehaman itu, saya perbaiki. Alhamdulillah. Mudah-mudahan berterusan, Insya Allah.
Dan tadi pagi, 2 Julai 2011...saya dilantik sebagai guru kelas untuk anak-anak pengajian UPSR di Masjid Kg, Tunku. Itu bererti, saya harus bertanggungjawab secara total ke atas mereka. Sedangkan saya sendiri tidak layak. Namun, disebalik taklifan...Allah sentiasa bersama saya. Mudah-mudahan dalam kesulitan, disertai dengan kemudahan-kemudahanNya. Ameen.
Dan hari ini, bermula agenda yang sudah dirangka sebelum ini.
Ya Allah, padaMu kami memohon. Murnikan niat kami. Ikhlaskan hati-hati kami. Moga bersama keberkatan, jua rahmatMu.
CikguNaurah.
2 Syaaban 1432 H
Hulu Langat.
Bismillah.
satu pemula. kerna cintaku pada kalian. penuh seluruh.
terima kasih Pemilik Cintaku.
Alhamdulillah. setinggi lafaz syukur buatMu,
kerna perlahan-lahan...
cinta ini kau masukkan ke dalam hati.
subhanAllah.
dan semakin aku mendakati mereka.
subhanAllah, makin aku akui lemahnya diri....
dan disitu, ketemukan titik lemahku...
untuk kutampung dikit demi dikit..
biar jadi sempurna.
kalian.
lihatlah.
bersaksikan Allah Taala, pemilik segala ilmu,
pemilik seluruh hati manusia.
semoga langkah ini buat aku dan kau, aku dan kamu semua makin diberkatiNya.
bersama kita menongkah
demi membenarkan CINTA yang terlalu lama diam dalam hati.
segan untukknya keluar. dipersembah di hadapan manusia.
langkah ini.
semoga Allah permudahkan.
anak-anak. cikgu merindui kalian pada saat karya ini dinukil.
cikgu rindu saat bersama kalian.
cikgu rindu untuk membawa kamu bersama membawa 'keperluan ilmu' ini
pada yang selayaknya.
semoga bersama-sama usaha kita,
Allah sering menjadi matlamat.
ameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)
