Saturday, 2 July 2011

Prolog.

Bismillah.
Alhamdulillah wa syukurillah.
Setinggi lafaz syukur ke hadrat Ilahi.
Selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad SAW. 

Tanggal Ogos 2010, cikgu diberi kesempatan, rezeki dari Allah SWT bilamana ditawarkan untuk mengajar anak-anak di Pusat Tuisyen Fathul Ilmi. Silibusnya, 'Pengajian al-Quran'. Awalnya khuatir melihat kelemahan diri yang tidak mampu menyampaikan ilmu tersebut. Namun, memikirkan untuk tidak sombong, (biar ilmu yang sedikit disampaikan juga pada anak-anak), alhamdulillah. Allah SWT menjadikan hati ini sangat lapang bila menerima. SubhanAllah wa alhamdulillah. Disitulah bermula.

Tanggal Januari 2011. Sekali lagi ditawarkan untuk mengajar anak-anak. Juga ditempat yang sama. Anak syarikatnya yang diberi nama Wardah Edu Centre. Silibus yang ditawarkan Bahasa Melayu. Tahun 1,2,3,4,5, dan tahun 6. Gugup. Khuatir. Apa bisa? Alhamdulillah. 2 bulan tempoh percubaan, dan anak-anak semakin memperlihatkan perkembangan. Anak-anak semakin teruja. Alhamdulillah. Langkah ini diteruskan. Allah berikan kemudahan melewati jalan ini. Syukur padaMu Allah.
*pun dalam waktu yang sama, seorang kenalan menawarkan untuk mengajar subjek yang sama. Di satu tempat lagi. Masjid Kg. Tunku, Taman Paramount. Disini, saya menemukan anak-anak yang menerima bantuan biaya tuisyen dari Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Malaysia. (^_^) Alhamdulillah syukur, kerna dipertemukan dengan anak-anak seperti mereka. 

Sehingga hari ini, sudah hampir setengah tahun. Saya masih dengan anak-anak. Mendewasakan mereka pakai ilmu. Mengajarkan mereka apa yang mereka tidak tahu. Dan paling utama, saya saling kongsi bersama anak-anak bilamana anak-anak lebih tahu dari saya. Dari titik kelehaman itu, saya perbaiki. Alhamdulillah. Mudah-mudahan berterusan, Insya Allah.

Dan tadi pagi, 2 Julai 2011...saya dilantik sebagai guru kelas untuk anak-anak pengajian UPSR di Masjid Kg, Tunku. Itu bererti, saya harus bertanggungjawab secara total ke atas mereka. Sedangkan saya sendiri tidak layak. Namun, disebalik taklifan...Allah sentiasa bersama saya. Mudah-mudahan dalam kesulitan, disertai dengan kemudahan-kemudahanNya. Ameen.

Dan hari ini, bermula agenda yang sudah dirangka sebelum ini.
Ya Allah, padaMu kami memohon. Murnikan niat kami. Ikhlaskan hati-hati kami. Moga bersama keberkatan, jua rahmatMu.

CikguNaurah.
2 Syaaban 1432 H
Hulu Langat.

No comments:

Post a Comment